Raub, Feb-
Lima sekeluarga ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat di sini, awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu jam 3.35 pagi tadi.
“Sejurus pemadaman selesai kita menemui semua mangsa di lokasi kejadian,” katanya.
Tiga mangsa yang maut dalam tragedi kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat di sini ditemui dalam keadaan melecur manakala dua lagi mangsa ditemui dalam keadaan rentung.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, mangsa yang ditemui melecur di bilik air merupakan pasangan suami isteri dan seorang anak mereka.




